DUN Kelantan: Syor bina RnR di jajaran LTU, KBKK

DUN Kelantan: Syor bina RnR di jajaran LTU, KBKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bercadang membina dua kawasan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) di jajaran Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, Bukit Bakar (Machang) dan Laloh (Kuala Krai) merupakan lokasi yang sudah dikenal pasti untuk pembinaan tersebut.

“Reka bentuk pembinaan RnR berkenaan bercirikan seni bina Kelantan. Cuma kita perlu memohon dengan agensi persekutuan berkaitan,” katanya bagi menjawab soalan Zubir Abu Bakar (Pas-Mengkebang) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu berkata, pembinaan itu selari dengan pembangunan Bandar Baru Kuala Krai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN