Dolla dikritik lagi gara-gara pakaian seksi - Utusan Malaysia

Dolla dikritik lagi gara-gara pakaian seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan mencolok mata kumpulan DOLLA sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas membuat persembahan di acara muzik Latihan Pestapora Malaysia 2025 yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran video yang tular di Instagram, ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby, Angel dan Sabronzo mempersembahkan lagu berjudul MWA! sambil mengenakan busana pakaian yang dikatakan kurang sopan sekali gus menerima kritikan oleh sesetengah netizen.

Rata-rata warganet menyuarakan rasa kurang senang terhadap pemilihan busana kumpulan itu yang didakwa tidak bersesuaian dengan budaya tempatan, lebih-lebih lagi ketika membuat persembahan secara terbuka.

“Artis luar negara datang ke Malaysia untuk buat persembahan pun hormat budaya Malaysia, berpakaian sopan. Hairannya, bagaimana artis kita sendiri yang boleh berpakaian melampau sebegini.

“Pemakaian Song Ji Hyo datang Malaysia lagi sopan,” tulis netizen di ruangan komen.

Dalam pada itu, netizen turut membandingkan situasi tersebut dengan insiden lama melibatkan penyanyi, Faizal Tahir yang pernah dikenakan tindakan selepas membuka baju ketika membuat persembahan secara langsung.

“Boleh ke seksi begini sekarang? Dahulu, Faizal Tahir buka baju sahaja sudah kena ‘anned. Yang perempuan berpakaian begini tidak ada yang menegur? Masha-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, kumpulan Dolla juga pernah berdepan kecaman apabila tampil membuat persembahan dalam busana bercorak celoreng tentera semasa acara muzik Festival Housboom tahun lalu, yang turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pihak tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN