KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 yang membolehkan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat bagi memantau pelaksanaan perlindungan kepada individu yang tampil membuat pendedahan berkenaan salah laku. RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran selepas dibahaskan oleh 24 Ahli Parlimen. Ketika sesi penggulungan bagi bacaan…