Dakwaan Alya Iman punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana dirujuk MCMC - Utusan Malaysia

Dakwaan Alya Iman punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana dirujuk MCMC

ALYA IMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan pelakon Alya Iman berhubung fitnah media sosial mengaitkan dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah menerima laporan dibuat Alya Iman.

“Kita (polis) rujuk kepada SKMM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Alya Iman membuat laporan polis susulan dakwaan mengaitkan dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 24, mendakwa tuduhan tidak berasas yang tular di media sosial itu menjejaskan imejnya sebagai anak seni dan memberi tekanan besar terhadap kesihatan mental.

Pelakon itu turut memuat naik gambarnya ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dengan kemelut rumah tangga  Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Dia berkata, laporan polis dibuat bukan sekadar untuk mempertahankan diri malah sebagai peringatan kepada individu sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat palsu tanpa bukti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN