PETALING JAYA: Canselor Jerman, Friedrich Merz memuji peranan aktif Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha penyelesaian konflik antara Thailand dan Kemboja. Perkara itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menerima panggilan telefon daripada Merz, petang semalam. Anwar berkata, ia merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan diplomasi serantau dan komitmen Malaysia dalam mendukung keamanan dan kestabilan ASEAN. “Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia kekal komited memperkukuh perpaduan dan kestabilan serantau melalui pendekatan diplomasi, dialog dan prinsip kemanusiaan. “Kami turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Jerman yang kian kukuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya