KAMPAR: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) terus melakar kejayaan menerajui segmen Asia Tenggara dengan momentum nilai pasaran melebihi RM1.9 trilion selain aktiviti tawaran awam permulaan (IPO) yang bersifat dinamik. Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed berkata, kejayaan itu mencerminkan kekukuhan pasaran modal negara dan keyakinan komuniti perniagaan sebagai rakan kongsi bagi pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. “Penyertaan pelabur runcit juga terus kukuh dan menjadi penyumbang utama kepada pasaran…










