Terbayang anak saudara terkapai-kapai sebelum tenggelam

Terbayang anak saudara terkapai-kapai sebelum tenggelam

SITI Nurul Aina Sahirah Ismail kelihan sugul semasa menunggu pasukan keselamatan menjalankan operasi dan menyelamat Muhammad Zarif Mohd. Hazahari yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. .-UTUSAN / ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: “Saya masih terbayang-bayang Muhammad Zarif terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang dari pandangan.”

Demikian luah ibu saudara Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit di sini, petang semalam.

Siti Nurul Aina Sahirah Ismail, 31, berkata, dia sering membawa anak-anak saudaranya ke pantai untuk bersiar-siar bersama anaknya jika ada kelapangan.

Bagaimanapun dia tidak menyangka hasrat mahu mengambil angin di pantai itu berakhir  tragedi.

Menurutnya, dia ke pantai itu bersama dua anaknya, Mohd. Sharim Sameer, 4, dan Mohd Darwish Uwais, 7, selain Muhammad Zarif bersama seorang kakak serta adik mangsa.

“Pada mulanya kami hanya bermain di tepi pantai namun ketika hendak pulang, Muhammad Zarif dan Mohd. Darwish dan kakaknya terjatuh.

“Saya cuba menarik mereka namun mangsa yang berada paling depan dihanyutkan ombak. Ketika cuba menarik mangsa, saya terjatuh dan diselamatkan orang awam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Siti Nurul Aina Sahirah berkata, dia hanya mampu melihat mangsa terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang dari pandangan.

Katanya, Muhammad Zarif yang merupakan anak kelima dari enam adik beradik itu adalah seorang yang ceria dan rapat dengannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, seramai 26 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula pukul 9 pagi ini.

Katanya, fokus pencarian melibatkan kawasan sejauh lapan kilometer (km) dari tempat kejadian.

Dalam kejadian petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas di telan ombak ketika bermain di Pantai Batu Rakit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN