PETALING JAYA: Program di Kemumin, Pengkalan Chepa yang diserbu oleh polis Kelantan kerana didakwa menjadi tempat ‘pertemuan’ lelaki gay sebenarnya merupakan program kesedaran kesihatan berkaitan HIV. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad melalui laman X rasminya pada malam tadi. Dzulkefly bertindak demikian sebagai respons kepada hantaran yang memintanya mempertahankan program berkenaan. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak mengulas mengenai operasi yang dijalankan oleh pihak polis Kelantan itu. Dalam perkembangan sama, Dzulkefly turut berkongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya