MELAKA : Seorang bekas tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan bapanya gara-gara tidak berpuas hati diminta untuk berbaik dengan adiknya, minggu lalu. Tertuduh, Mohd. Salihudin Hasan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bapanya, Hasan Jaffar, 64, kira-kira pukul 10 malam di…










