Bekas pegawai pematuhan didakwa beri kenyataan palsu lantik rakan kongsi

Bekas pegawai pematuhan didakwa beri kenyataan palsu lantik rakan kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang  pegawai pematuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan kenyataan palsu berhubung pelantikan rakan kongsi sebuah syarikat pada 2022.

Tertuduh, Yap Choo Boon, 45, didakwa menyatakan pelantikan Yap Chee Keong sebagai rakan kongsi dalam permohonan pendaftaran syarikat perkongsian liabiliti, Empat Nombor Ekor Batu Cave Agency sedangkan dia mengetahui perkara itu adalah palsu dalam borang yang diwajibkan di bawah Seksyen 10(1) dan (2), Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur Sentral, di sini pada 13 Mei 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 80(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM150,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SSM, Liyana Amira Kamaluddin mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh diwakili peguam bela, Lee Zi Qin tidak membantah cadangan tersebut.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN