Bekas KPPA antara lima penasihat Parlimen Belia

Bekas KPPA antara lima penasihat Parlimen Belia

Parlimen Belia Malaysia (PBMy)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parlimen Belia Malaysia (PBMy) melantik lima tokoh pelbagai bidang sebagai penasihat rasmi bagi memperkukuh hala tuju serta suara anak muda dalam proses dasar negara.

Lima tokoh yang dilantik ialah Tan Sri Datuk Seri Borhan Dollah sebagai Pengerusi Penasihat; Prof. Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia; dan Ts. Khairul Anuar Ishak, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Turut dilantik, Prof. Madya Ts. Dr. Noor Haida Mohd Kaus dari Universiti Sains Malaysia serta Prof. Madya Dr. Hazman Samsudin, Penganalisis Ekonomi dari Universiti Malaysia Terengganu.

Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu dilihat mampu memacu pembangunan kepimpinan belia dan memperluas penyertaan golongan itu dalam pembentukan dasar.

“Dengan pelantikan tokoh berwibawa ini, PBMy dijangka memasuki fasa baharu yang lebih progresif dan strategik,” kata kenyataan itu.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam satu majlis rasmi tertutup yang berlangsung di Parlimen Malaysia hari ini.

Menurut Parlimen Malaysia, pelantikan tersebut juga selari dengan usaha berterusan pihaknya untuk melibatkan golongan muda secara aktif dalam proses demokrasi.

“Barisan penasihat ini akan dapat membantu merangka hala tuju, memperkukuh latihan kepimpinan serta membina jaringan berimpak tinggi dalam usaha mengangkat suara belia ke peringkat pembuat dasar negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN