Bayi enam bulan meninggal dunia ditemui tertiarap di taska

Bayi enam bulan meninggal dunia ditemui tertiarap di taska

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Padang Temu di sini dipercayai akibat lemas selepas mangsa yang dibedung ditemui tertiarap di atas tilam, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, bayi berkenaan didakwa telah dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir oleh pihak pengasuh namun disahkan meninggal dunia selepas dirujuk ke Hospital Melaka.

Menurut sumber, kejadian hanya disedari berlaku apabila pengasuh bayi berkenaan memeriksa keadaan mangsa selepas menidurkannya kira-kira satu jam.

“Pada pukul 5 petang pengasuh yang menjaganya secara bergilir-gilir mendapati bayi tersebut berada dalam keadaan tertiarap dan mukanya kebiru-biruan.

“Pihak taska terus membawa bayi Klinik Utama Ujong Pasir dan pasukan perubatan telah memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit sebelum bayi dirujuk ke Hospital Melaka menaiki ambulans” katanya.

Tambahnya, sebaik tiba di zon merah hospital, bayi tersebut sekali lagi diberikan bantuan CPR, namun disahkan telah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan ke atas badan bayi berkenaaan tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan laporan polis telah dibuat oleh pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN