Bayi 7 bulan maut di rumah, dua termasuk bapa angkat ditahan

Bayi 7 bulan maut di rumah, dua termasuk bapa angkat ditahan

MOHAMED USUF JAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras dekat sini, malam tadi.

Laporan polis dibuat bapa angkat kepada bayi itu kira-kira pukul 9.34 malam memaklumkan, anaknya tidak sedarkan diri tanpa sebab yang diketahui.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setibanya ke lokasi pihaknya mendapati mangsa berada di ruang tamu dalam keadaan kebiruan dan penuh lebam di badan. 

Katanya, polis menahan lelaki berkenaan bersama seorang lagi suspek bagi membantu siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Permohonan reman dipohon hari ini ke atas kedua-dua suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamed Usuf berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi bedah siasat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN