BAGAN DATUK: Ban penahan ombak di Bagan Sungai Tiang dekat sini yang baharu dibina telah runtuh, lantas menimbulkan kebimbangan para penduduk sekitar. Tinjauan mendapati, tanah tebing sungai yang runtuh turut membawa bongkah batu yang digunakan untuk menambak ban berkenaan. Menurut penduduk, jika berlaku runtuhan lebih besar, dibimbangi akan menyebabkan air sungai masuk ke penempatan mereka. Lee Tiong Hong, 51, mendakwa, benteng itu tidak kukuh kerana bongkah batu penahan ombak hanya…