‘Arwah Azim minta halal setiap susu, dua kali peluk sebelum balik’

‘Arwah Azim minta halal setiap susu, dua kali peluk sebelum balik’

NAZIRAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: “Abang nak minta emak halalkan setiap titik susu yang emak bagi abang minum.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Itu kata-kata terakhir yang masih terngiang-ngiang dalam ingatan Nazirah Ismail, 67, sebelum anak lelakinya, Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak, 32, maut dalam nahas tragis Sabtu lalu.

Nazirah, seorang pesara kerajaan, berkata, pertemuan terakhir mereka pada 27 Jun lalu apabila arwah menziarahinya di sebuah pondok pengajian agama di Kodiang, tempat beliau kini menetap sementara bagi mendalami ilmu agama.

“Ketika peluk saya, dia cakap nak emak halalkan susu. Saya jawab, semua yang mak beri halal dunia akhirat.

“Dia peluk kuat sangat, seolah-olah tak mahu lepas. Lepas masuk kereta, dia turun semula dan peluk saya sekali lagi.

“Saya tanya kenapa peluk lagi? Dia jawab rasa macam tak mahu tinggalkan emak. Itu yang buat hati saya sebak bila ter­kenangkan pertemuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Taman Seri Aman di sini, semalam.

Menurut Nazirah, arwah juga sempat memohon maaf kerana merasakan dirinya banyak menyusahkan keluarga dan tidak sempat membalas jasa ibu bapa.

“Saya kata jangan merapu. Tak ada siapa rasa Azim bebankan kami. Saya suruh dia datang ziarah lagi kalau rindu,” katanya.

Nazirah tidak menyangka pertemuan itu merupakan petanda terakhir sebelum anaknya bersama lima lagi ahli keluarga termasuk empat anak dan seorang isteri terkorban dalam tragedi kenderaan mereka terbabas ke dalam Sungai Korok.

Nazirah berkata, anak kedua­nya itu seorang yang baik, bertanggungjawab dan rapat dengan semua adik-beradiknya.

Malah, arwah sering bergilir dengan adik bongsunya menjadi imam apabila keluarga berkumpul.

“Azim memang anak yang soleh. Saya reda, tapi rindu itu tetap ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN