MERSING: Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) pertama kali menurunkan arca JCorp seberat 500 kilogram sebagai penjenamaan bagi program rehabilitasi terumbu karang di Pulau Aur, di sini hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata, arca yang diturunkan sempena Program Rehabilitasi Terumbu Karang 2025 itu sebagai usaha memelihara ekosistem marin Johor. Katanya, pada program itu sebanyak 60 terumbu karang ditanam berbanding 50 terumbu karang yang ditanam pada…









