PETALING JAYA: Kerajaan disaran memastikan semua jururawat yang diambil bekerja memiliki kelulusan ijazah agar ganjaran gaji yang diterima setimpal dengan tanggungjawab yang digalas. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Prof. Dr. Jamalludin Ab. Rahman berkata, langkah itu perlu dilihat sebagai satu pelan jangka panjang dalam merangka unjuran keperluan tenaga kerja kesihatan di hospital kerajaan. Katanya, kerajaan juga perlu melaksanakan perubahan dalam struktur perjawatan di hospital kerajaan bagi melahirkan…









