Amarah punca hidup Hafiz Suip hancur - Utusan Malaysia

Amarah punca hidup Hafiz Suip hancur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luahan demi luahan, setiap pendedahan yang dimuat naik oleh penyanyi, Hafiz Suip sejak kebelakangan ini terus menuai perhatian.

Bagai dalam fasa memulihkan diri, Hafiz mengakui kesal pernah kalah dengan perasaan amarah sehingga membawa kepada kemusnahan diri.

“Amarah. Itu punca utama hidup aku hancur. Amarah bukan salah satu cara untuk kau menyelesaikan masalah.

“Kau kena belajar kawal marah. Semua orang ada rasa Itu, tapi kalau tak dikawal, habis semua jadi musnah,” katanya menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram.

Menyedari khilaf sendiri, penyanyi lagu Awan Nano itu juga menganggap perkara itu sebagai pengajaran yang harus ditempuhi dalam fasa kehidupannya.

“Aku belajar daripada silap sendiri. Kita semua ada sifat amarah itu, Allah bagi kita. Tapi aku ambil benda itu sebagai satu pembelajaran dan pengalaman dalam kehidupan aku.

“Kalau benda itu baik, aku teruskan. Kalau tidak, aku buang dari hidup aku,” luahnya.

Dalam hantaran tersebut, Hafiz turut meluahkan rasa rindu terhadap dua cahaya matanya, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5 yang kini di bawah penjagaan bekas isterinya, Nureffy.

“Soal anak, setiap hari aku rindu. Rasa nak call, nak dengar suara. Boleh saja saya hubungi mereka, tapi mereka sibuk dengan sekolah, jadual penuh. Aku pula duduk jauh.

“Sekarang ni, dapat panggilan video sahaja. Tanya khabar, tengok muka. Mak dia yang selalu update keadaan dia orang. Aku cuma mampu doa yang terbaik.

“Mak dia lebih layak jaga mereka. Aku doa saja setiap hari supaya anak-anak membesar dengan sihat dan faham maksud kehidupan nanti,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN