Ahli Parlimen persoal Laporan Ketua Audit Negara makin nipis

Ahli Parlimen persoal Laporan Ketua Audit Negara makin nipis

parlimen
Ahmad Fadhli Shaari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mempersoalkan buku Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) semakin nipis yang dibimbangi ia seolah-olah memberi bayangan integriti awam telah dikorbankan.

Ahmad Fadhli Shaari (PN–Pasir Mas) berkata, institusi audit perlu bebas dari segi struktur dan semangatnya, namun ia akan kehilangan peranannya apabila hanya menjadi alat kerajaan dan bukan penjaga amanah awam.

Beliau mempersoalkan sama ada imej politik semasa lebih diutamakan hingga mengorbankan integriti awam, susulan LKAN dilihat semakin ‘nipis’ dan ruang siasatan yang semakin sempit.

“Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 tahun 2025 ini hanya memuatkan 196 muka surat. Ia angka paling tipis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tahun 2022 misalnya, laporan audit aktiviti kementerian dan badan berkanun mencecah 410 muka surat jilid satu dan 459 muka surat jilid dua, jumlah hampir 900 muka surat.

“Tahun 2024 pun masih kukuh dengan 350 muka surat. Ironinya, selepas pindaan Akta Audit 2019 yang mula berkuat kuasa pada tahun 2024, yang sepatutnya peluasan skop audit kepada mana-mana yang menerima dana kerajaan, laporan ini tiba-tiba mengecut,” katanya ketika mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Fadhli turut menegaskan bahawa jawatan Ketua Audit Negara tidak sepatutnya berada dalam sistem pentadbiran kerajaan yang sedang diaudit bagi membolehkannya memberi teguran tegas terhadap kementerian terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN