Ahli Parlimen BN jumpa PM di Seri Perdana malam ini

Ahli Parlimen BN jumpa PM di Seri Perdana malam ini

KENDERAAN yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat memasuki Kompleks Seri Perdana sekitar pukul 7.40 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dipercayai milik menteri dan ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dilihat mulai memasuki perkarangan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, malam ini.

Dilihat mula memasuki bangunan itu adalah kenderaan dinaiki Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang diiringi polis pengiring tentera sekitar pukul 7.20 malam ini.

Selepas itu, kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat telah memasuki perkarangan Seri Perdana pada jam 7.40 malam.

Turut kelihatan memasuki bangunan Seri Perdana termasuk kenderaan yang membawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Selain itu, kelihatan memasuki premis sama sekitar 8.09 malam tadi adalah kenderaan yang membawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH).

Lebih 20 kenderaan mewah dilihat sudah memasuki Seri Perdana setakat pukul 8.15 malam tadi.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli Parlimen BN malam ini.

Tidak dipastikan apa tujuan dan agenda pertemuan itu namun, ia mungkin ada kaitan bagi membincangkan isu semasa termasuk pada sidang parlimen dan perkara membabitkan badan kehakiman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN