MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kembali menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini selepas lebih sebulan tidak melakukan rutin mingguannya itu kerana menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Kuliah duha menjadi rutin mingguan Abdul Hadi setiap Jumaat sejak berpuluh tahun lalu dan kali terakhir beliau menyampaikannya adalah pada 30 Mei lepas. Beliau dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar termasuk memberi ceramah bagi menjaga…