Kebanyakan individu menjadikan gambar dan video sebagai medium utama untuk merakam kenangan percutian masing-masing. Namun, berbeza dengan Ng Sock Peng, 45, yang mengabadikan setiap memori indah kembaranya itu menerusi tulisan dan lakaran dalam buku jurnal. Sejak 2014, anak jati Permatang Pauh ini telah menghasilkan lebih 50 jurnal merangkumi pengembaraannya ke 25 buah negara. Antara destinasi yang pernah dijejakinya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, United Kingdom, Itali, Belgium, Belanda, Jerman dan Greece. Katanya, ilham untuk menghasilkan jurnal kembara tercetus secara spontan ketika melancong ke Paris bersama seorang sahabat. “Kami melawat sebuah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya