KUALA LUMPUR: Kira-kira 41 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan forex tidak wujud membabitkan kerugian keseluruhan sebanyak RM6 juta. Pelaburan forex itu disyaki didalangi sebuah syarikat yang berpangkalan di Indonesia dipercayai telah memperdaya kira-kira 400 pelabur di negara ini dengan menggunakan syarikat lain untuk mengaburi mata mangsa. Pelabur, Benjamin Lee, 45, mendakwa mula melabur di syarikat pelaburan forex terbabit selepas diperkenalkan oleh rakannya pada 2016. Katanya, ejen pemasaran pelaburan itu…










