Warga emas, wanita hamil tidak perlu beratur naik bas di KSAB

Warga emas, wanita hamil tidak perlu beratur naik bas di KSAB

MOHAMAD Fazli Mohamad Salleh (kanan) meninjau pengoperasian perkhidmatan bas awam di CIQ KSAB, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengembara warga emas dan wanita hamil dibenarkan terus menaiki bas awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerajaan negeri berharap tidak timbul sebarang pertikaian antara penumpang bas awam di kawasan berkenaan.

“Terdapat tiga lorong disediakan untuk penumpang bas awam iaitu dua lorong bagi mereka yang ingin duduk manakala satu lorong bagi mereka yang sanggup berdiri dalam bas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara amalannya, sekiranya bas sampai, mereka yang beratur dalam dua barisan duduk akan masuk dahulu sehingga tiada lagi kerusi kosong, sebelum mereka yang sanggup berdiri akan masuk untuk memenuhkan bas,” katanya selepas melakukan lawatan.

Mohamad Fazli berkata, sebanyak 23 bas akan berulang alik dari KSAB ke Tuas, Singapura dengan kekerapan antara lapan hingga 11 perjalanan sehari antara pukul 4.30 pagi hingga 9.30 pagi.

“Sekiranya Lebuhraya LinKedua tidak sesak, tempoh perjalanan hanya sekitar lima hingga lapan minit, namun jika berlaku kesesakan tempoh perjalanan boleh meningkat sehingga empat kali ganda,” katanya.

Katanya, antara inisiatif lain termasuklah bas berhenti di sebelah kawasan menunggu dan boleh terus mengambil penumpang tanpa menunggu bas di hadapan penuh terlebih dahulu.

“Ini mempercepatkan proses penumpang naik ke dalam bas, namun begitu kawalan tambahan diperlukan bagi mengelak berlakunya rempuhan serta menjaga keselamatan penumpang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×