Warga emas patah rusuk ditanduk lembu ketika korban

Warga emas patah rusuk ditanduk lembu ketika korban

MD. RABU kini dirawat di Hospital Jasin akibat patah tulang rusuk dan paru-paru berdarah akibat ditanduk lembu korban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN : Seorang lelaki warga emas cedera selepas ditanduk lembu korban dalam kejadian di Kampung Bukit Tembakau, di sini, semasa program ibadah korban pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Md. Rabu Ahmad, 60, merupakan salah seorang peserta gotong-royong program korban anjuran Masjid Al-Faizin di kampung berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang cuba mendekati lembu kedua yang ingin disembelih sebelum haiwan itu bertindak liar dan menyerangnya.

Anak mangsa, Siti Nur Sakierah Md. Rabu, 28, berkata, akibat kejadian tersebut, ayahnya mengalami patah pada salah satu tulang rusuk selain berlaku pendarahan di bahagian paru-paru.

“Ayah memang selalu terlibat dalam gotong-royong korban, setiap tahun dia akan turun padang bantu uruskan lembu, tak sangka tahun ini ayah pula ditimpa kemalangan.

“Doktor maklumkan ada pendarahan dalam paru-paru dan terpaksa pasang tiub untuk keluarkan darah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Difahamkan, sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan dalam program tersebut yang berlangsung sempena sambutan Aidiladha.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Jasin dan berada dalam keadaan stabil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN