Wanita cuba pecah masuk rumah Jungkook ditahan polis - Utusan Malaysia

Wanita cuba pecah masuk rumah Jungkook ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL:Polis berjaya menahan seorang individu tidak dikenali yang cuba memecah masuk kediaman ahli kumpulan BTS, Jungkook di sini, semalam waktu tempatan.

Balai polis Yongsan, dalam kenyataan memaklumkan wanita berkenaan yang berusia awal 30-an, ditahan serta merta sebelum cuba memasuki perkarangan rumah bintang antarabangsa itu yang berlokasi di Yongsan-Gu, sekitar pukul 11.20 malam.

Tindakan mencurigakan wanita itu dikesan jiran yang tinggal berdekatan sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Polis pada masa yang sama memaklumkan wanita itu masih dalam tahanan untuk disoal siasat.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas Jungkook menamatkan latihan asas ketenteraannya, semalam.- UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN