LONDON: Universiti Cambridge, United Kingdom bersedia berkongsi pembiayaan bagi membawa tenaga pengajar dari Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah (Phd) di universiti berkenaan. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut menjadi sebahagian persefahaman yang dapat dicapai pihaknya hasil pertemuan bersama pengurusan tertinggi dan profesor kanan universiti terkemuka dunia itu semalam. “Kekuatan Universiti Cambridge adalah daripada segi penyelidikan dan pembangunan mereka…











