Tragedi Pelajar UPSI: Pinjaman PTPTN mangsa dihapuskan

Tragedi Pelajar UPSI: Pinjaman PTPTN mangsa dihapuskan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar yang maut dalam insiden membabitkan bas di Gerik Perak, Isnin lalu, dilupuskan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu membabitkan dalam kalangan mangsa yang merupakan peminjam PTPTN.

“Sekiranya ada dikalangan pelajar yang merupakan penerima pinjaman PTPTN, maka berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman itu dilupuskan atau dimaafkan.

“Jadi tidak ada isu membabitkan 15 orang mangsa tersebut,” katanya.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta agar bantuan tambahan diberikan kepada setiap keluarga mangsa nahas.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa bantuan tambahan diberikan sebanyak RM10,000 kepada setiap 15 keluarga pelajar yang maut dan RM5,000 kepada mangsa yang tercedera.

“Perdana Menteri juga telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti aspek dari segi insuran untuk membantu keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN