JOHOR BAHRU: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di negeri ini merekodkan Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 0.10 mata. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, Johor merekodkan PNGK 2.95 sekali gus mengatasi PNGK kebangsaan 2.85. “Seramai 3,952 calon telah menduduki STPM 2024 di Johor dengan peratusan kelulusan 77.91 peratus, meningkat berbanding 75.71 peratus pada tahun 2023. “Seramai tujuh calon telah…