KUALA LUMPUR: Kegiatan tiga warga asing menjual senjata api tiruan seperti pistol semi automatik jenis Walther P99 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbongkar selepas mereka ditahan polis hari ini. Penahanan ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 35 sehingga 45 tahun itu membawa kepada penemuan stor simpanan senjata api tiruan di Taman Megah, Kepong. Timbalan Pengarah Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, hasil serbuan itu, pelbagai jenis senjata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya