Tiga pelatih IKBN pulang sempena Aidiladha maut nahas 

Tiga pelatih IKBN pulang sempena Aidiladha maut nahas 

KEMALANGAN yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tandop, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan tragis di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tandop, jam 2.10 petang tadi.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Fahmi Jamel, Muhammad Arif Aifan Derani dan Muhammad Habil Mohd. Sobri. Rakan mereka, Muhammad Adib Aiman Mohd. Hasani cedera parah.

Difahamkan, kesemua berusia 19 tahun itu menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha sebelum merempuh sebuah Naza Ria yang berhenti di lorong kecemasan.

Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik apabila ahli keluarga hadir menuntut jenazah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN