Austin Butler pernah hampir buta - Utusan Malaysia

Austin Butler pernah hampir buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Pelakon filem Elvis, Austin Butler, berkongsi pengalaman mencemaskan ketika menjalani penggambaran filem The Bikeriders (2023).

Dalam satu penerbangan, Austin berkata, dia terjaga daripada tidur dengan serangan migrain yang teruk sehingga menyebabkan penglihatannya hilang.

Menurut Austin, dia menjadi buta selama beberapa minit, namun memaksa dirinya untuk pulih sehingga penglihatan kembali beransur-ansur normal.

Dalam wawancara bersama majalah Men’s Health, aktor berusia 31 tahun itu berkata, dia tidak terlalu mengambil serius kejadian tersebut dan terus kembali bekerja pada keesokan harinya kerana menyangka ia berpunca daripada kurang tidur.

Namun begitu, masalah kesihatannya tidak terhenti di situ.

Selepas selesai penggambaran filem Elvis yang dicalonkan Oscar, Austin mengalami sakit perut yang teramat sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selain itu, semasa siri promosi filem Dune: Part Two, Austin turut mengalami sakit kaki yang serius.

Austin mendedahkan bahawa selama lapan bulan beliau terpaksa berjalan dengan jari kaki menggenggam bagi mengurangkan rasa sakit.

Puncanya ternyata hanyalah secebis kaca sebesar butir beras yang tertanam di kakinya.

Bagaimanapun, Austin berkata pengalaman itu membantunya lebih menjaga kesihatan, dibantu oleh pelakon Laura Dern.

Laura turut mengajarnya bahawa melakonkan watak gelap tidak sepatutnya memberi kesan buruk terhadap kehidupan peribadi.

“Dia banyak membantu saya menyedari bahawa kita boleh keluar dari sisi gelap itu, malah mungkin sembuh sedikit demi sedikit. Ia juga boleh menjadi sesuatu yang bersifat terapeutik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN