Tiga lelaki didakwa guna senjata berbahaya sebabkan kecederaan

Tiga lelaki didakwa guna senjata berbahaya sebabkan kecederaan

TIGA tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban  hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau dan kayu hoki dalam kejadian di Nilai di sini minggu lalu.

Tertuduh, G. R. Hari Nathan, 29; S. Nantha Kumar, 37; dan M. Mathialagan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan kecederaan ke atas J. Navinthiran, 30, secara bersama menggunakan senjata berbahaya di hadapan sebuah restoran makanan segera di Nilai Square, Bandar Baru Nilai, pada pukul 2.30 pagi, 22 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi dua tertuduh manakala seorang lagi dibenarkan jaminan RM5,000. Kes disebut semula pada 28 Julai depan.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, ketiga-tiga tertuduh bersama mangsa turut didakwa atas pertuduhan menyertai rusuhan bersenjata di lokasi dan masa sama. 

Mereka didakwa memiliki pisau lipat, pisau pemotong dan kayu hoki yang boleh digunakan sebagai senjata.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN