Tidak perlu gubal undang-undang lompat parti untuk senator

Tidak perlu gubal undang-undang lompat parti untuk senator

RAIS Yatim (kanan) beramah mesra bersama hadirin pada Majlis Perjumpaan Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Hotel Perdana,Kota Bharu,Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Cadangan untuk meluaskan pelaksanaan undang-undang anti lompat parti kepada ahli Dewan Negara disifatkan sebagai tidak wajar dan bercanggah dengan sistem perlantikan senator yang sedia ada.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, ia bukan sahaja tidak releven malah undang-undang itu sepatutnya kekal terpakai kepada ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Saya tidak fikir undang-undang lompat parti perlu dikenakan kepada ahli Dewan Negara memandangkan pindaan yang telah dibuat sebelum ini sebenarnya masih mempunyai kelemahan.

“Contohnya enam ahli parlimen dari parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong kerajaan, hal itu sepatutnya dilalui terlebih dahulu dengan pendapat panel atau kumpulan bebas yang diiktiraf di bawah undang-undang tetapi malang hanya speaker yang menentukan taraf seseorang itu apabila di Dewan Rakyat,”katanya pada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Rais yang juga Pengerusi Yayasan Budi memberitahu, peranan senator adalah berbeza berbanding ahli Dewan Rakyat kerana mereka tidak dipilih oleh rakyat sebaliknya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan negeri masing-masing.

Katanya, sistem keanggotaan Dewan Negara yang tidak bergantung kepada mandat pilihan raya menjadikan isu lompat parti tidak relevan kepada senator.

“Mereka tidak mewakili parti secara langsung. Perlantikan mereka tidak menyebut parti secara nyata, hanya secara tersirat. Maka mereka tidak boleh mendakwa diri mereka mewakili UMNO, Bersatu atau mana-mana parti.

“Berbeza dengan Dewan Rakyat di mana wakil rakyat bertanding atas tiket parti dan dipilih oleh rakyat. Dalam konteks itu, undang-undang anti lompat parti adalah wajar, namun tidak kepada Dewan Negara,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, UMNO akan meneliti undang-undang berkaitan Akta Anti-Lompat Parti khususnya melibatkan Ahli Dewan Negara atau Senator bagi memastikan sebarang langkah seterusnya selaras dengan undang-undang serta tidak melanggar peraturan sedia ada.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO menghormati kebebasan setiap individu membuat pilihan politik namun perlu ditegaskan bahawa perwakilan dalam Jemaah Menteri disandang adalah atas mandat parti yang diwakili bukan atas kapasiti peribadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN