Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Air India

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Air India

PASUKAN kecemasan memadam kebakaran pada bangkai pesawat Air India yang terhempas di Ahmedabad, negeri Gujarat, India. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden nahas pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, India pagi tadi.

Menurut kenyataan Wisma Putra, menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai, pihaknya kini sedang memantau rapat perkembangan kejadian berkenaan yang berlaku ketika pesawat jenis Boeing 787 itu sedang berlepas dalam perjalanan dari Ahmedabad ke Lapangan Terbang Gatwick, United Kingdom.

“Pesawat tersebut dilaporkan membawa kira-kira 242 penumpang, namun hasil semakan yang dilakukan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia berada dalam senarai penumpang mahupun anak kapal,” jelas kenyataan itu.

Kementerian turut memberi jaminan bahawa pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada orang ramai sekiranya perlu.

Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai melalui maklumat berikut:

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai
Unit 12A1, 12A2 & 12A3, Tingkat 13, Supreme Headquarters Building,
14th & 33rd Road, berdekatan Link Square Mall,
Bandra West, 400 050 Maharashtra, India
Telefon: +91 22 6996 5757
E-mel: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN