Terima kasih doakan kebahagiaan kami - Fikry Ibrahim, isteri berdamai? - Utusan Malaysia

Terima kasih doakan kebahagiaan kami – Fikry Ibrahim, isteri berdamai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seolah memberi gambaran sudah berdamai, isteri kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan tampil memuat naik foto mereka erat berpegangan tangan.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Khalizah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami,” katanya di kapsyen.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung meredakan kebimbangan warganet terhadap rumah tangga pengacara Melodi itu yang dikhabarkan bakal berpisah selepas isterinya hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

Lega melihat perkembangan tersebut, rata-rata netizen berharap agar pasangan itu sentiasa matang dan rasional dalam menangani masalah rumah tangga.

Malah, ada yang menyifatkan Khalizah beruntung memiliki suami seperti Fikry yang tidak mudah melatah meskipun dihenyak kontroversi.

“Lain kali fikir panjang. Jangan buat tindakan mengikut nafsu dan akhirnya memalukan diri sendiri. Fikir banyak-banyak. Jadi matang setanding usia. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,” komen seorang netizen.

“Kalau boleh berbincang, bincanglah dengan baik. Tidak perlu sampai bercerai. Masih baru dalam rumah tangga. Ramai wanita di luar sana ingin memiliki suami seperti Fikry. Akak beruntung,” kata seorang lagi netizen.

“Kes merajuk saja ini. Suami yang baik akan pujuk balik. Biasalah wanita, kita semua adalah bayi yang tidak pernah membesar. Semoga semua baik-baik saja,” komen seorang pengguna media sosial.

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar isteri pelakon drama Dzikir itu memfailkan perceraian terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur.

Meskipun tidak menghadiri ke sebutan perceraian, Fikry bagaimanapun menerusi siaran langsung Melodi menjelaskan bahawa dirinya tetap akan berusaha mempertahankan rumah tangganya selain mengakui hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik.

Malah, Fikry turut memaklumkan kehadiran isterinya di mahkamah semalam kerana mahu menarik balik tuntutan cerai yang telah difailkan sejak Mei lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN