‘Tarikh bawa Fatima ke Tokyo sudah ada, cuma boleh sahaja Whatsapp’ - Utusan Malaysia

‘Tarikh bawa Fatima ke Tokyo sudah ada, cuma boleh sahaja Whatsapp’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin, berkata sudahpun merancang untuk membawa anak, Nur Fatima Aisya ke Tokyo bagi mengunjungi taman tema kesukaannya tahun ini.

Walaupun hairan mengapa isu ini dibawa ke media sosial, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sudah membuat perancangan agar percutian ke Jepun itu tidak bertindih dengan jadual persekolahan Fatima.

“Memang perancangan sudah ada tahun ini cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahan.

“Bila tahu jadual persekolahan, bolehlah merancang, cuma itulah, boleh sahaja perkara itu disampaikan dengan WhatsApp,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui semasa sesi sidang media memperkenalkannya sebagai duta jenama air mineral Nex di Stadium Hoki Bukit Jalil, pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon Kulit Wayang itu juga berhasrat untuk membawa keluarganya menemani Fatima sepanjang bercuti di negara matahari terbit itu tahun ini.

“Saya sebenarnya akan pergi dengan keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik,” ceritanya ringkas.

Terdahulu, Fattah menjadi perhatian apabika anaknya memuat naik video meminta Fattah membawanya ke Disneyland Tokyo.

Dalam perkembangan lain, Fattah dilantik menjadi duta air mineral semula jadi Nex yang mengandungi komposisi seperti kalsium dan magnesium.

“Saya teringin nak berkolaborasi dengan air mineral Alhamdulillah kali ini kita dapat bekerjasama dengan Nex.

“Kita tahu air ini penuh dengan vitamin dan kebanyakan kita memang nak minum air mineral.

“Sebagai duta, saya akan memberikan komitmen dan mujurlah saya mempunyai pihak pengurusan yang menguruskan jadual untuk ‘shooting’ kandungan dari awal,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN