Tambang RTS dalam kajian akhir - Loke

Tambang RTS dalam kajian akhir – Loke

ANTHONY Loke Siew Fook bergambar di hadapan tren pertama RTS Link di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas, Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Operator Rapid Transit System Link (RTS Link) sedang melakukan kajian pasaran akhir bagi menentukan kadar tambang yang bersesuaian dengan perkhidmatan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, antara faktor perlu diambil kira adalah tujuan perkhidmatan tersebut, iaitu menukar cara majoriti pengembara merentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Menurutnya, operator perkhidmatan itu, RTS Operation (RTSO) dianggotai individu daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan SMRT Corporation (SMRT), Singapura.

“RTSO sedang buat kajian pasaran akhir untuk menentukan apakah harga tambang yang sesuai. Idea projek adalah memastikan semua pihak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut untuk rentas sempadan.

“Sehubungan itu, faktor berkenaan perlu diambil kira sebelum harga ditetapkan, tetapi yang pasti ia perlu bersesuaian bagi menukar cara perjalanan,” katanya majlis mendedahkan tren pertama RTS Link di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, kaedah pembayaran akan mengguna pakai sistem pembayaran terbuka termasuk kad debit, kad kredit dan kemungkinan perkhidmatan ‘Touch n Go’.

Menurutnya, waktu operasi juga akan diputuskan pihak operator, namun beliau mengesahkan perkhidmatan itu tidak akan beroperasi selama 24 jam sehari bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Tetapi operasi akan ambil kira waktu perjalanan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, difahamkan ada yang memulakan perjalanan sebelum pukul 5 pagi. Itu perlu ambil kira,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN