KUALA TERENGGANU: Lesen pengusaha bot pelancong atau tekong yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan akan digantung bagi memberi pengajaran dan memastikan keselamatan para pelancong terjamin. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, tindakan tegas itu akan disyorkan kepada Jabatan Laut yang bertanggungjawab mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia. “Kerajaan negeri akan hantar surat cadangan kepada Jabatan Laut untuk mereka tarik atau gantung lesen pengusaha bot atau tekong yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan. Bagaimanapun , tarik atau gantung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya