Pegawai kastam India sekali lagi rampas ular hidup dalam pesawat - Utusan Malaysia

Pegawai kastam India sekali lagi rampas ular hidup dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pegawai kastam India di Mumbai memaklumkan mereka menahan seorang penumpang dalam pesawat yang tiba dari Thailand dengan membawa sejumlah ekor ular hidup iaitu dalam kes rampasan ketiga bulan ini.

“Pegawai kastam sekali lagi menggagalkan cubaan penyeludupan hidupan liar, 16 ekor ular hidup dirampas daripada seorang penumpang yang pulang dari Thailand,” kata pegawai kastam di lapangan terbang utama di sini.

Penumpang yang tiba pada Ahad tersebut telah ditahan, menurut kenyataan agensi kastam, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ular-ular hidup itu terdiri daripada spesies yang sering dijual dalam pasaran haiwan peliharaan eksotik, kebanyakannya tidak berbisa atau mempunyai bisa yang terlalu lemah untuk membahayakan manusia.

Antara spesies yang dirampas termasuk ular garter, ular tikus badak dan ular pasir Kenya.

Pada awal Jun, pegawai kastam turut menahan seorang penumpang yang cuba menyeludup puluhan ekor ular berbisa, juga dari Thailand.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi penumpang ditahan kerana membawa 100 haiwan termasuk cicak, burung matahari dan possum pemanjat pokok.

Organisasi pemantau perdagangan hidupan liar, TRAFFIC, yang memerangi penyeludupan haiwan dan tumbuhan liar, memberi amaran tentang trend yang “sangat membimbangkan” didorong oleh permintaan terhadap haiwan peliharaan eksotik.

Lebih 7,000 haiwan, sama ada hidup mahupun mati dirampas di sepanjang laluan udara Thailand-India dalam tempoh tiga setengah tahun lalu, menurut laporan TRAFFIC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN