Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Idris Shah II di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri di sini pagi tadi.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin pada kira-kira pukul 8.30 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh serta Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Solat sunat diimamkan oleh Imam Besar, Abd Farid Salleh yang kemudian menyampaikan khutbah bertajuk ‘Menyelami Falsafah Tersirat Di Sebalik Peristiwa Korban’.

Selepas solat sunat, Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN