PETALING JAYA: Keputusan kerajaan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas buah-buahan import membebankan golongan B40 dan M40. Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan itu dipersoalkan terutama apabila pengecualian cukai masih diberikan kepada kenderaan elektrik tulen yang kebanyakannya dibeli golongan berkemampuan. Katanya, kerajaan seolah-olah mengambil daripada golongan miskin untuk memberi kepada golongan kaya dan pendekatan ini sangat tidak beretika dan mengetepikan tekanan hidup rakyat biasa. “Kerajaan sebelum ini menolak pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana membebankan rakyat dan perniagaan, namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya