Siasatan nahas di Gerik masih di peringkat awal 

Siasatan nahas di Gerik masih di peringkat awal 

AYOB Khan Mydin Pitchay (tengah) dan Meor Chek Hussien Mahayuddin (tiga dari kanan) ketika bergambar bersama kakitangan PDRM dan RESPA yang hadir pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan kes kemalangan membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kereta Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak semalam masih di peringkat awal. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan kes nahas tragis yang mengorbankan 15 nyawa mahasiswa UPSI itu tersebut masih lagi berjalan. 

“Biar siasatan berjalan dan selepas ini kami akan umumkan hasil siasatan, masih terlalu awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Persatuan Pegawai- Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. 

Semalam media melaporkan, PDRM akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh

“Kami akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk mendakwa pemandu (bas) tersebut di mahkamah.

“Kami akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kami akan siasat semuanya,” katanya semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.15 pagi semalam, sebuah bas membawa 42 orang pelajar UPSI dari Jerteh, Terengganu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Perodua Alza dan terbabas

Semalam, seramai 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meninggal dunia manakala tujuh mengalami cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan pada pukul 1.15 pagi. 

Bas dipercayai pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar Perodua Alza dan terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

Nahas mengakibatkan 15 pelajar universiti itu maut manakala 27 lagi cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN