Seleweng dana sukuk lebuh raya, keterangan Tan Sri diambil

Seleweng dana sukuk lebuh raya, keterangan Tan Sri diambil hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri hari ini berhubung kes penyelewengan dana sukuk pem­binaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut sumber, pemegang konsesi lebuh raya berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Ya, disahkan beliau akan hadir esok (hari ini) pada pukul 9 pagi. Beliau sudah keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan,” katanya.

Jumlah sitaan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang itu bernilai RM143 juta.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagi menyeleweng dana-dana berkenaan, pihak ter­libat dipercayai menggunakan go­longan profesional seper­ti juruaudit, pakar kewangan, jurutera serta syarikat-syarikat yang bertindak sebagai penerima wang secara berlapis (layering).

Seramai 45 orang dan saksi-saksi yang telah diambil kete­rangan dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut.

Pasukan siasatan juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah suspek di dalam serta luar negara termasuk di London, United Kingdom (UK) dan Switzerland.

Siasatan turut tertumpu kepada nilai sebenar minuman alkohol mewah dalam simpanan Tan Sri itu dengan kemungkinan wang berkenaan telah dipindahkan ke akaun-akaun lain.

Pada masa yang sama, notis pengisytiharan harta juga telah diserahkan kepada suspek dan pihak yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN