KANGAR: Selepas melalui tempoh percubaan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan untuk ditambah baik memudahkan pengguna, pelaksanaan sistem tempat meletak kereta pintar di negeri ini secara rasmi dijangka bermula 15 Jun depan. Sebelum dilaksanakan, syarikat pengendali berkenaan perlu memastikan segala masalah berbangkit diselesaikan terlebih dahulu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth berkata, sekiranya isu-isu berbangkit tidak diselesaikan, ia dibimbangi bakal memberi impak dan masalah khususnya kepada masyarakat di negeri ini. Katanya, MPK tidak akan berkompromi apabila melibatkan masyarakat dan disebabkan itu, beliau meminta syarikat pengendali untuk menyelesaikan isu-isu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya