Selesai ibadah haji pertama saya - Afgan - Utusan Malaysia

Selesai ibadah haji pertama saya – Afgan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan gembira kerana berpeluang menyempurnakan ibadah haji dengan lancar.

Menurut Afgan, pengalaman itu sangat bermakna buat dirinya biarpun sekadar bermodalkan rasa nekad.

“Alhamdulillah, selesai ibadah haji pertama saya. Ini perjalanan rohani yang indah lebih-lebih lagi saya berangkat sendiri dengan sekadar bermodalkan rasa nekad.

“Namun, semua proses dipermudahkan Allah SWT dan segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya dalam Instagram.

Tambah Afgan, dia juga bersyukur kerana berpeluang menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.

Malah, penyanyi lagu PadaMu Ku Bersujud itu berkata ibadah tersebut membuktikan rasa kasih dan cinta Sang Pencipta meskipun hambanya berseorangan.

“Ini pengalaman sekali seumur hidup dan saya sangat bersyukur kerana menjadi tetamu Allah. Ibadah haji adalah perjalanan antara anda dan Tuhan.

“Satu ibadah yang mengingatkan agar sentiasa merendah diri dan ingat bahawa anda tidak keseorangan selagi ada Tuhan bersama. Terima kasih atas doa kalian,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, Afgan turut berkongsi momen dirinya menunaikan haji pada musim kali ini.

Menerusi Instagram, Afgan pada 30 Mei lalu memaklumkan dirinya berada di Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN