Sedusun Valley jadi hab durian di Pulau Pinang

Sedusun Valley jadi hab durian di Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika merasmikan Pesta Durian Pulau Pinang 2025 di Dataran Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang bakal memiliki sebuah pusat pertanian berkonsepkan dusun durian yang dikenali sebagai Sedusun Valley di Relau yang akan berfungsi sebagai hab penyelidikan, pendidikan dan penjenamaan durian tempatan ke pasaran lebih luas, termasuk peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pusat pertanian yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi, merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk terus memperkasakan sektor pertanian berasaskan durian dan melonjakkan nilai komersial hasil durian di negeri ini.

Katanya, selain menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan agro, projek berkenaan juga akan menghimpunkan pelbagai jenis serta jenama durian dari seluruh Malaysia di satu lokasi, sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat rujukan utama durian negara,” katanya dalam ucapan perasmian Pesta Durian Pulau Pinang 2025, di Dataran Queensbay Mall di sini, petang semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol serta beberapa kenamaan lain.

Pesta Durian Pulau Pinang berlangsung hampir sebulan, sehingga 20 Julai depan. 

Kon Yeow berkata, ketika ini, terdapat lebih 200 jenis durian yang didaftarkan di negara ini, namun, hanya kira-kira 10 hingga 20 jenis sahaja dikenali umum serta berpotensi tinggi di pasaran.

“Justeru, jika kita berjaya menjenamakan jenis-jenis durian yang kurang dikenali ini, maka,  peluang untuk durian-durian ini menembusi pasaran eksport akan lebih luas.

“Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu meningkatkan nilai ekonomi berasaskan durian tempatan dengan lebih besar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN