Saya tak pernah minta RM10,000 satu episod, itu persepsi salah - Sarimah Ibrahim - Utusan Malaysia

Saya tak pernah minta RM10,000 satu episod, itu persepsi salah – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, menafikan desas-desus meminta bayaran tinggi jika ditawarkan berlakon di  mana-mana projek.   

Ujar Sarimah atau Sarimah binti Ibrahim, 47,   tanggapan salah itu semakin kuat melihat kepada status dirinya yang bergelar isteri kerabat diraja.

“Siapa kata saya ini mahal sangat? Itu hanya sekadar persepsi. Bila nak panggil berlakon selalunya persepsi lebih kuat berbanding realiti.

“Saya harap mungkin orang di luar boleh berkenalan dan bertanya dahulu sebelum buat tanggapan sendiri.

“Saya masih seorang pelakon yang berkarya. Mungkin orang keliru. Kelas boleh menjadi konotasi negatif bila kita mahu menjadi kreatif.

“Status sebagai kerabat membuatkan orang ingat saya ini mahal sangat sampai satu episod kena bayar RM10,000. Benda itu tak betul dan mereka pun tak pernah tanya,” katanya.


Sarimah ditemui Utusan Malaysia di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.


Bagi menjernihkan salah faham, pelakon Ternyata Sebuah Bahagia itu mengajak mana-mana pihak untuk duduk berbincang dan bertanya lanjut sendiri dengannya.

“Itulah saya nak beritahu, sebelum ini ada tanggapan yang salah. Jadi duduklah dengan saya sebagai seorang anak seni.

“Sebab saya tak pernah minta mahal begitu, mungkin ada orang lain yang minta bagi pihak saya, cuma itu bukan saya,” ceritanya.

Terdahulu, Sarimah berkahwin dengan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10, Tunku Nadzimuddin pada 2 April 2015.

Hasil perkahwinan, seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah, 5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN