PETALING JAYA: Syarikat pengangkutan atau pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres tidak boleh lepas tangan berkaitan saman diterima serta perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan trafik dilakukan pekerjanya. Mereka perlu bertanggungjawab memastikan setiap pekerja atau pemandu digajikan sentiasa patuh kepada undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini khususnya kemalangan. Jika dilihat daripada statistiknya, sebanyak 201,243 kemalangan melibatkan kenderaan berat telah berlaku sepanjang tahun 2019 hingga 2024. Manakala kematian akibat kemalangan…

 
								 
											









