PETALING JAYA: Akibat silap menukar gear, kereta yang dipandu seorang lelaki warga emas merempuh sebuah bank di Seksyen 21 di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3 petang ketika pemandu berusia 78 tahun itu selesai urusan di bank berkenaan. “Mangsa masuk ke dalam keretanya, namun ketika dia hendak memulakan perjalanan, lelaki terbabit dipercayai tersilap menukar gear hingga menyebabkan keretanya meluru ke hadapan dan melanggar cermin bank itu. “Kemalangan mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan premis terbabit, tanpa melibatkan sebarang kecederaan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya